Saturday, November 5, 2011




Kenaikan harga Emas dan Perak menarik ramai

untuk terlibat dengan jual/beli baik peniaga emas,pembeli emas,pedagang emas.penyimpan emas


Tapi tahukah korang? Bagaimana memaksimakan keuntungan pelaburan dalam emas dan perak ni?


Dalam masa yang sama jangan pula sangka permainan emas dan perak risiko pelaburannya zero atau dalam erti kata lain confirm untung!


Tidak juga terutamanya kalau korang tersilap langkah dalam permainan manipulasi emas dengan menggunakan Ar-rahnu..silap haribulan emas stuck dekat pajakgadai..last-last tergadai



EMAS


Harga Emas juga boleh jatuh dengan mendadak sebagai bukti harga emas pada awal september 2011 mencecah 1900usd/oz ..harga tertinggi dalam sejarah..ramai yang teruja baik peniaga atau pembeli emas.


Ramai juga dengan panic dan terpengaruh tanpa tahu hujung pangkal

Membuat panic buying pada harga 1900usd/oz…


….nak dijadikan cerita Cuma dalam tempoh 3 minggu kemudian harga emas terjun keparas 1550usd/oz sekitar hujung september 2011


…dalam erti kata lain kerugian sebanyak 18 % dari nilai pelaburan dalam masa 3 minggu

Cuba pulak kalau dalam time ni at area harga emas 1550usd/oz..korang menggelabah tak tahu hujung pangkal dan membuat pula panic selling..!!!!


Secara peribadinya saya cukup optimis dan positive tentang potensi emas dan perak untuk jangka masa panjang..


Tetapi untuk memaksimakan keuntungan dan tidak mahu situasi seperti diatas berlaku..dan tidak membuat keputusan untuk membeli atau menjual berdasarkan gerak hati dan spekulasi semata-mata..





SILVER


Ditambah lagi dengan pelaburan silver yang sedang hangat kat Malaysia.Memang saja setuju sangat dengan pelaburan silver dan amat positif dengan potensi silver untuk jangka masa panjang


Memang ramai penjual-penjual silver mempamerkan kenaikan silver yang lebih laju dari emas.Pulangan pelaburan silver lebih cepat dan masyukk berbanding emas..saya SETUJU tetapi ….


...tetapi tahukan korang risiko Pelaburan silver berbeza dengan emas disebabkan oleh volatility yang tinggi dalam pasaran silver ( kenaikan dan penurunan harga yang drastic boleh berlaku ) tidak seperti emas yang lebih stabil


Ini menjadikan pelaburan silver lebih berisiko jika tersilap langkah!


Tapi risiko ini tidak sepatutnya melemahkan semangat korang dan menyebabkan korang melupakan silver sebagai salah satu portfolio pelaburan korang bak kata Mike Maloney & kawannya Robert Kiyosaki


“ silver is the biggest oppurtunity in this century”


Dalam apa-apa pelaburan pun aspek risiko tidak dapat dielakkan

Juga tidak terkecuali dalam pelaburan emas dan perak


Senjata ampuh untuk meminimakan risiko dan memaksimakan keuntungan pelaburan korang adalah dengan melengkapkan diri dengan

ilmu analisis teknikal




No comments:

Post a Comment